Monday, April 19, 2010

Lensa VS Pena

Tiba-tiba je tajuk ni muncul dalam kepala aku. Bukannya apa, bila aku bukak blog orang lain mesti ada banyak tulisan-tulisan, huruf-huruf dan ayat-ayat, kemudian bila tengok blog aku semula, hanya penuh dengan gambar semata-mata. Rasa macam tak meriah aje.

Tapi aku nak tulis untuk sape? follower aku yang tercinta pun cuma 5 orang (trime kasih), kalau korang bukak blog ni mesti korang baca kot hehe..

Aper2 je lah, yang penting aku nak seimbangkan antara lensa dan pena.

Sape lagi teror, lensa ke pena?

Gambar menceritakan segala2nya tanpa perlu ada penerangan dari segi penulisan mahupun dari segi audio. Kesedihan, kemarahan, kasih sayang, cinta, semuanya akan dinyatakan dengan jelas sekali dalam sesebuah gambar. Not bad, terror gak gambar yang di hasilkan lensa ni.

Pena menerangkan sesuatu objektif itu melalui penulisan, yang mana ada yang dinyatakan secara jelas mahupun subjektif. Setahu aku, melalui penulisan juga dunia boleh kacau bilau. Peperangan, kemarahan, syak wasangka malahan fitnah juga boleh terjadi hanya kerana sebatang pen, yang harganya tak sampai RM1, pehh.. lagi dahsyat..

Kesimpulannya, lensa + pena = menggegar dunia..

No comments:

Post a Comment